
DO I LOOK LIKE I CARE?
me myself have no time for all sucks & nonsense!
Aku cuba menjadi seorang insan Muslim yang memiliki akal yang berlandaskan Al Quran yang suci, mempunyai hati yang berlandaskan Iman yang hakiki dan nafsuku yang hanya berlandaskan Taqwa (insya Allah). Aku cuba membuktikan bahawa asal kejadianku dari tanah itu adalah benar2 yang terbaik antara kesemua 4 unsur yang lain (api, angin, air) dimana manusia itu adalah memiliki sifat2 yang terpuji (merendah diri, beralah, akur, jujur, ikhlas, setia, taat, syukur, benar, amanah, bijaksana, tegas, bertimbangrasa, sabar, menghormati, redha). Rahsia 4sifat terpuji (Siddiq, Amanah, Tabligh, Fatonah) empat sahabat Rasulullah (Abu Bakar, Umar, Othman, Ali) akan tetap bersama seiring dalam setiap langkahku. Allah dan Muhammad xkan terpisah dari syahadahku seperti aku dan nafasku yg saling memerlukan. Quran & Sunnah peganganku, selagi aku berpegang kepada kedua2nya, tidak akan ada sedikitpun rasa gentar dalam diriku pada sesiapapun. Jangan sesekali mengaku anda beriman sebelum Tuhan uji kerana setiap ujian yang hadir itu adalah untuk menguji sejauh mana kefahaman anda terhadap Iman dan Islam. Ujian Taqwa itu hanyalah untuk hamba2Nya yang terpilih, bukan bermaksud untuk menyiksa atau menyakiti kerana setiap ujian itu berpatutan dengan keadaan hamba2Nya (Al Baqarah : ayat 286). Berkata jujurlah pada setiap apa pun keadaan walaupun kejujuran itu pahit kerana masa menjelaskan segala2nya. Aku jenis org yg bertimbang rasa dan bertolak ansur, merendah diri dan beralah, tahu menilai serta selalu meletakkan diri aku pada keadaan dan cuba merasa dan menghayati perasaan org disekeliling dgn mengamalkan tidak melakukan perkara yg aku tidak suka kepada org lain dan cuba mengelak dari meyakiti sebagaimana hati aku pernah disakiti. Aku selalu berhati2 dan teliti dalam setiap perkara yang aku lakukan, sekali terkena dua kali jalan tahu! Aku selalu memujuk diri aku agar tidak berdendam dan membuang rasa marah itu jauh2. Aku adalah aku, kalau aku baik memang aku baik dan kalau aku nakal memang aku degil masa tu. Aku cuba menjadi real of me tanpa sedikit pura2. Pada yg mempertikaikan keberanian aku menulis blog bercerita tentang agama Islam sedangkan diri aku sendiri tidak menunjukkan ciri2 Muslim yg sebenar, ketahuilah adalah SANGAT CELAKA dan BANGSAT org2 seperti itu tambah2 lagi jika orang itu sendiri beragama Islam. Orang2 seperti inilah perosak agama di atas nama agama. Sekurang2nya aku ada usaha2 memperindahkan lagi agama Islam ni kalau nak dibandingkan dengannya. Jangan ingat anda mempunyai pelajaran atau jawatan yg tinggi, anda mampu mentafsir rahsia hatiku. Hanya Tuhan sahaja yg tahu perjuangan yg sedang aku perjuangkan. Aku tak perlu nak tunjuk aku baik pada penampilan aku jika aku nak berubah jadi baik, apa yg perlu aku perbetulkan adalah hati dan dalaman aku tu dulu. Aku simple type of person, tp akan btukar mjadi seorang yg firm dan radical jika keadaan memaksa utk aku menerangkan sesuatu. Aku jarang2 menghukum seseorang sebelum aku kenal hati budinya. Manusia ni memang sukar utk ditafsir, kadang2 muka nampak baik tp hati busuk macam bangkai. Ada tu muka macam pembunuh, tapi hati dia baik mengalahkan Malaikat. Kita sebagai manusia tiada hak utk menjatuhkan hukuman, tapi sekadar menasihati atau menegur dgn cara paling sempurna tanpa melukakan hati sesiapapun kalau boleh. Seseorang itu apabila ia diberi kuasa atau pangkat, mula nak meninggi diri, sombang dan angkuh sedangkan dia juga bermula dari tidak tahu apa2 pada mulanya dahulu. Dah memang sifat semulajadi manusia tu selalu lupa diri jika tiada siapa yg tolong mengingatkan mana yg terlupa. Contohilah sifat Rasulullah yg selalu merendah diri sehingga Baginda diberi gelaran maksum (terpelihara dari melakukan dosa). Jangan pernah cuba memiliki aku kerana aku sendiri tidak pernah rasa wujud terhadap diriku melainkan semua dipinjamkan Tuhan semata2, tiada istilah AKU. Apalagi cuba berlaku kurang ajar atau tidak menghormati aku, aku akan ajar org itu itu belajar tentang adab2 kemanusian biarpun dgn cara kekerasan atau kesakitan sbb aku nak dia rasa sakit yg aku rasa supaya dia lebih mengenali aku dan berhati2 ketika berhubung dgn isi alam ciptaan Tuhan ini. Mata aku melihat dgn tajam dan teliti sesuatu dgn apa yg aku nampak, jgn cuba berpura2 sbb aku boleh melihat kepura2an tu sbb hati aku amat mementingkan sebuah kejujuran walaupun ia pahit akan tetap aku terima asalkan keikhlasan atau ketulusan ada disebalik. Aku akan ikut satu2 kebaikan itu jika ianya diterangkan atau ditunjuk dgn cara yg baik dan bukan dgn cara paksaan atau menyakitkan hati. Aku tetap akan memberi peluang jika ada insan yg ingin berkongsi hati yg aku miliki selagi aku berasa selesa bersamanya. Nak bercinta dgn aku bukannya senang sbb harga @ mahar hati aku tu terlalu mahal dan bernilai, aku terlalu menjaganya. Siapa yg dapat miliki hati aku tu memang dia terel la, betul aku x tipu. Hanya Jauhari Mengenal Manikam!!! Jangan cuba meminta2 sesuatu dari aku tanpa aku ikhlas memberinya, aku hanya lakukan sesuatu bila ia dtg dengan sepenuh kerelaan hati aku tanpa ada sedikit rasa tidak suka. Bila cinta dan kasih tu dah hadir dlm diri aku, biar sesukar manapun aku akan tempuh dan hadapinya, itu cinta aku! Dekati aku dgn kelembutan, kau akan rasa sentuhan kasih sayang aku tu. Tapi bila kau mengkasari dgn menyakiti aku, aku akan sakiti hati kau balik kemudian bertindak menjauhkan diri atau mungkin membenci. Kalau setakat aku rasa marah, aku masih boleh memaafkan org tu. Sekali aku dah benci, susah aku nak tanam balik rasa kasih sayang dlm hati aku tu. Tengok muka dia pun aku dah x ingin sebenarnya, apa lg nak bertegur sapa. Bagi aku, org tu dah mati dari senarai nama dalam hati aku. Mungkin ambil masa yg terlalu lama sbb aku akan menilai kemaafan atau kejujuran dia tu. Dont betray my trust, selamanya aku xkan percaya kat org tu lagi sbb kepercayaan aku telah dikhianati dan bg aku org tu adalah SEORANG PENGKHIANAT! Jangan cuba2 nak bagi arahan kat aku atau cuba tentukan jalan hidup yg akan aku pilih. Satu2 keputusan yg aku ambil tu aku dah fikir sedalam2nya baik buruk akibatnya kesan dari tindakan aku nanti. Kalau ada kejahatan yg aku lakukan, aku akan berusaha utk mengubahnya sedikit demi sedikit. Bagi nasihat boleh, tapi bukan memerintah. Hidup kau sendiri berterabur & tak betul, ada hati nak nampak kesalahan hidup org lain?! Aku cuma takut dgn Tuhan dan hanya mengikuti segala suruhan dan akan cuba sedaya upaya aku menjauhi segala laranganNya semampu aku kerana Tuhan dan Rasulullah adalah cinta sejati aku. Hanya ajal yg dapat memisahkan rasa kasih dan sayang aku tu terhadap kedua2nya! Bila Tuhan ketuk pintu hati aku utk berkenalan dengan tulus cintaNya, aku merasakan satu tanggungjawab telah Tuhan letakkan padaku dan seharusnya aku menerimanya dgn menunaikan apa yg sepatutnya sebelum aku kembali bertemu Tuhan membawa pulang apa yg sepatutnya dipulangkan pada yg Haq. Apa yg sepatutnya aku cari dan fahami (rukun Iman & rukun Islam), aku jejaki dan pelajari sebaik2nya utk melengkapkan diri aku sebagai seorang yg benar2 Muslim, bukan manusia biasa yg cuma ditakdirkan dilahirkan dalam agama Islam. Aku jenis berpegang pada janji dan taat setia pada ketua. Sementara menunggu jodohku hadir, biarlah aku mencari kembali janji aku dulu di alam roh utk taat setia memperhambakan diri pada Tuhan. Aku akan belajar cara setulus dan sejujurnya mencintai Tuhan dan mengikuti segala sunnah2 Rasulullah utk membuktikan keikhlasanku. Menghampiri dan cuba mengenali aku akan aku benarkan perkara itu berlaku selagi hati aku tidak disakiti. Tetapi bila keadaan seakan2 mengganggu ketenangan aku (dgn kata2 atau perbuatan), aku akan segera bertindak menjauhkan diri. Biar berseorangan seperti Nabi Adam ketika mencari Hawa ketika diturunkan ke bumi dahulu, bermusafir bersendirian. Aku lone ranger type of person, dah serata dunia aku terbang ke sana sini (aku dah biasa tentang bersendiri). I love to look different, less is more (for me to know for you to find out!). Im no care type of person dan x suka amik peduli apa org lain punya hal sbb itu hak dia. Kalau anda jenis telinga nipis, jgn cuba2 nak sindir2 atau nak perli2 aku sbb selagi aku bleh sabar aku akan bersabar, tp kalau org tu dah kurang ajar sgt aku akan keluarkan kata2 balas yg buat org tu ingat sampai ke mati atau sampai ke tulang hitam kata2 aku tu nanti. Prinsip aku, perkara batil kalau tidak ditentang dgn kebenaran, kesalahan yg berlaku itu akan tetap berterusan. Biar aku jadi org yg hentikan kesalahan itu walaupun ia dgn cara menyakitkan. Tentang dosa tu, biar Tuhan yg adili (aku serahkan segala2 padaNya). Fair & square, adilkan? Cinta aku terhadap mak, abah dan keluargaku melebihi dari cinta terhadap diri aku sendiri tetapi tidak melebihi cintaku terhadap Allah dan Rasulullah. Dan penting aku ingatkan di sini, jangan sekali2 berani cuba buat mak, abah atau keluarga aku bersedih sampai jatuh airmata duorang, susah aku nak maafkan kesalahan org tu. Kalau dah melibatkan diri aku atau keluarga aku, then aku akan bertindak sewajarnya utk menegakkan kebenaran biarpun ia akan melukakan dan menghiris, aku akan lawan sampai mati! Sekali aku terkena, aku akan berhati2 dgn org tu dgn apa yg berlaku. Aku akan berhadapan dengan semua itu bila aku rasa ia perlu. Satu je pasal diri aku ni, aku akan lebih humble bila berhadapan dgn seseorang yg merendah diri dan akan menjadi seorang yg sangat kurang ajar & biadab terhadap org yg tidak mempunyai ciri2 bersopan sbb darah minang dlm diri aku ni buat aku benar2 paham tentang ADAT & ADAB, dan darah bugis yg mengalir buat aku punya keberanian mcm singa yg lapar!!! Simple as that, ok? I just go for unique person (personalized + pampered + perfection) sebab aku tidak menolak perkahwinan apabila jodoh permata yg aku cari tu tiba (insya Allah). Aku mencari seseorang yang benar2 faham hakikat dirinya diciptakan tanpa membuat aku rasa terbeban bila bersamanya. Aku ni terlalu memilih untuk seseorang berkongsi hati yg selama ini aku jaga dgn rapi dan teliti, xnak hati aku dilukakan oleh insan yang tidak faham erti menghargai. Aku tidak perlu risau tentang jodoh sbb bagi aku lelaki ni ibarat santan, lagi tua lagi lemak (hehehe). Persoalan yg sering berlegar2 di kepala aku ni, adakah dia akan hadir? Atau mungkin Tuhan nak aku mencintaiNya sahaja sepanjang hayatku buat selama2nya? Syukurku hari2 aku merasa bahagia bersendiri dan ketenangan itu selalu ada bila aku memilih untuk selalu bersamaNya melalui jalan Ma'rifat yg penuh rahsia itu. Aku kini hanya akur dengan setiap ketentuanNya dan akan terus melangkah dan bernafas dlm ikhlas dan redha tanpa sebarang rasa marah dan gelisah lagi....
J A N G A N B I A R K E M A R A H A N A K U B E R T U K A R B E N C I !

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (2:286)