
Sayangilah ibu anda kerana tanpanya, anda tiada di dunia ini. Doa seorang ibu itu sangat mustajab kerana doanya terus tanpa sebarang hijab. Itu sebabnya, berhati2lah jangan sampai ibu kita mengeluarkan kata2 yg tidak bagus kerana mungkin pada ketika kata2 itu terlafaz atau hatinya terdetik terluka dan langit sedang terbuka luas, bimbang kata2nya itu menjadi doa. Jagalah hati dan perasaan ibu anda sebaik2nya kerana Syurga itu dibawah telapak kakinya. Aku telah mengikut nasihat sahabatku agar mengucup kaki ibuku (dan kaki ayah) untuk mendapat restu mereka dan Alhamdulillah hidupku semakin tenang dan damai kini. Dan aku memilih utk tinggal bersama2 mereka kerana inilah yg terdaya aku lakukan utk membalas jasa mereka menjaga dan membesarkan aku selama ini. Pada aku wang ringgit bukan segala2nya. Biarlah org nak cakap aku ni anak mak, daripada mereka yg ada mak tapi seolah2 tiada ibu sebab hanya pulang ke kampung halaman setahun sekali bertemu ibu dan bapa ketika Hari Raya atau sekadar memasukkan duit belanja ke akaun bank mereka bulan2 dan jarang2 sekali telefon bertanya khabar. Sekurang2nya aku selalu dapat breakfast + lunch + dinner bersama2 mereka, sakit pening mereka aku yg menjaga dan merawatnya. Aku lebih utamakan pandangan Tuhan dari kata2 masyarakat yg takkan sudah berkata2 itu ini....

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (2:286)