Friday, January 27, 2012

MaAfkAnLah :'(



Ribuan ampun dan maaf dipohon seandainya sepanjang penulisan blog ini ada kata2 yg membuat mana2 insan tersinggung atau terasa hati. Jujur, tiada niat disebalik untuk memalukan atau menyakitkan hati sesiapa. Ia sekadar luahan dari hati aku yg tulus terhadap kehidupan ini, menunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang Muslim membantu menerangkan apa yg aku faham dan dikongsikan bersama atau mungkin boleh dijadikan sebagai pedoman atau panduan buat kita sama2 melayari kehidupan yg penuh dgn dugaan dan cabaran ini. Dan buat Tuhan, jutaan ampun dan maaf seandainya dalam kehidupan yg aku lalui ini ada kekurangannya. Maafkanlah segala kesalahan dan segala kesilapan kami seluruh makhluk ciptaanMu, sama ada kesalahan atau kesilapan yg disengajakan atau tidak, yg sedar atau tidak, yg nyata atau tersembunyi. Redhailah dan restuilah setiap langkah dan nafas kami dalam kasih dan sayangMu. Satukanlah kami seluruhnya untuk bersatu dibawah satu kalimah Lailahaillallah Muhammad Rasulullah.

MiMpi beRteMu RasuLuLLah

Thursday, January 26, 2012

DuniA aDaLaH RumAh TuhAn






Apa perasaan anda jika ada tetamu yang datang ke rumah anda dan kemudian bermalam, sepanjang tempoh tetamu itu berada di rumah anda telah banyak perkara yang menyakitkan hati anda. Bermula dengan kedatangan yang tidak diberitahu terlebih awal, kemudian apabila sampai terus membuka pintu rumah anda tanpa memberi salam. Masuk ke dalam rumah sahaja pelbagai komen negatif diberikan terhadap keadaan rumah anda. Kemudian menyuruh anda menyediakan makanan utk mereka, sesudah makan meninggalkan pinggan dan gelas begitu sahaja di meja makan. Sesudah itu terus ke bilik utama dan menggunakan bilik itu untuk mereka tidur tanpa meminta keizinan dari anda sebagai tuan rumah terlebih dahulu. Esok pagi apabila anda bangun dari tidur, anda dapati tetamu anda itu sudah pergi dengan membiarkan bilik anda bersepah dan pintu rumah anda terbuka begitu sahaja. Cuma kita bayangkan sebentar dan merenung, adakah selama ini kita juga berlaku begitu terhadap Tuhan yang memberikan dunia ini sebagai pinjaman utk kita gunakan kemudahannya. Adakah kita juga tergolong dalam golongan orang2 yang tidak bersyukur, selalu meminta2 tanpa rasa segan, bersikap sombong dan tidak menghormati atas segala kurniaNya? Fikir dan renungkanlah, belajarlah untuk memiliki kerendahan hati berjalan di atas muka bumi Tuhan ini kerana Tuhan itu sentiasa memerhatikan apa yang sedang kita lakukan. Tuhan itu sentiasa mendengar walaupun disebalik hati yang sedang berbisik.....

Wednesday, January 25, 2012

3 DoA




Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Kau kurniakanlah kepada hati2 kami seluruh makhluk ciptaanMu...


1. Ketaqwaan hati seperti hati Nabi Ibrahim AS.

2. Keikhlasan hati seperti hati Nabi Ismail AS.

3. Keimanan hati seperti hati Nabi Muhammad SAW.

Tuesday, January 10, 2012

ZiKir TaubAt TeRaGunG



1. Taubat Nabi Adam AS, (QS 7:23).
Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi.

2. Taubat Nabi Yunus AS, (QS 21:87).
Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.

ReNunG & FikiR



1. Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati.

2. Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya.

3. Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya.

4. Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya.

5. Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun, dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.

6. Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah.

7. Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini.

8. Amat mudah untuk memadamkan api yang sedang marak, tetapi sukar untuk meredakan api kemarahan dalam diri.

9. Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga, belum tentu bagus.

10. Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya.

11. Fikirkan hal-hal yang paling hebat, dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, dan engkau akan mencapai yang tertinggi.

12. Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.

13. Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.

14. Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

15. Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.

16. Berdoa itu bukan minta ini, minta itu melainkan pengakuan, berserah dan bertaubat.

17. Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk dan menyakiti org hingga terluka.

18. Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai.

19. Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan kamu diabaikan.

20. Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya.

21. Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan kebenaran.

22. Tanda-tanda orang yang budiman ialah dia akan berasa gembira jika dapat berbuat kebaikan kepada orang lain, dan dia akan berasa malu jika menerima kebaikan daripada orang lain.

23. Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian.

24. Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan.

25. Tiga perkara yg akan seseorang manusia itu lupa diri : wang, pangkat dan kuasa.

26. Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.

27. Lalai sesaat adakalanya mencucurkan air mata setahun.

28. Jgn bersedih ketika Allah belum mberikan apa yg kita inginkan kerana mungkin Dia sedang menagguhkannya atau menggantikannya dgn yg lebih baik. Percayalah, Allah akan selalu menjawab permintaan hamba2nya dgn jawapan yg paling indah.

29. Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan.

30. Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.

31. Barangsiapa membawa berita tentang orang lain kepadamu, maka dia akan membawa berita tentang dirimu kepada orang lain. Berhati2lah ketika berbicara.

32. Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu.

33. Dalam masyarakat manusia ada binatang jalang tetapi dalam masyarakat binatang tidak ada satu pun manusia jalang.

34. Dalam hidup,terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan,akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.

35. Kebahagiaan hakiki adalah dgn mencintai Tuhan dan diri kamu sendiri.

36. Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan.

37. Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.

38. Diam adalah suatu hikmah, tetapi sedikit sekali yg boleh melakukannya.

39. Barangsiapa yang hari ini sama dengan kelmarin, maka tertipulah dia, dan barangsiapa hari ini lebih jahat dari kelmarin, maka terkutuklah dia.

40. Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya.

41. Sesungguhnya apa yang kita lihat serupa sebenarnya tidak semestinya sama.

42. Jangan tertarik kepada seseorang kerna parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerna kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerna hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.

43. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati.

44. Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya.

45. Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu.

46. Kenikmatan sejati adalah jika telah melihat Allah dgn mata hati. Seandainya aku tidak memiliki pancaindera pasti aku tidak tahu bahawa dunia itu ada. Dan seandainya aku memiliki panca indera tapi tidak memiliki hati, maka aku tidak tahu bahawa akhirat itu ada.

47. Tiada sifat ketuhanan yg lebih mulia daripada kasih. Jika kau penuhi hatimu dengan kasih, maka fikiran, pandangan, perkataan dan perbuatanmu akan dijiwai dengan kasih. Tetapi bila engkau tidak mengisi hatimu dengan kasih, banyak sifat2 jahat akan memasukinya dan menghancurkan sifat kemanusiaanmu.

48. Org miskin dan fakir itu tidak memiliki apa2 kecuali cinta.

49. Kesilapan mengajar kita utk menghadapi kehidupan ini.

50. Kecintaan pada manusia itu boleh, tapi jangan melebihi cinta pada Tuhan kerana Tuhan itu sangat kuat cemburuNya.

51. Di dalam dirimu terdapat sekuntum TERATAI SUCI, kembangkanlah kasihmu dengan arif, maka kuntum terataimu akan mekar.

52. Tidaklah dapat kita mengenal orang lain melainkan dengan tiga waktu.. 1. tidak dapat diketahui adakah seorang itu pemaaf melainkan ketika dia marah, 2. tidak dapat dikenal seorang itu berani melainkan pada waktu berjuang, 3. tidak dapat dikenal sahabat melainkan waktu kesusahan.





Wednesday, January 4, 2012